Assalamualaikum, terima kasih kerana terus mengunjung blog usahawan. Untuk individu seterusnya ini, saya ingin kenalkan anda semua kepada seorang tokoh usahawan wanita yang hebat. Beliau seorang yang pernah mengambil upah menjahit sulaman, dan menjual barangan dapur dan kemudian membuat rempah kari dan mengedarkannya ke kedai-kedai. Siapakah usahawan yang ingin saya kenalkan ini?
Nama: Faiza Bawumi Sayed Ahmad
Syarikat: Faiza Marketing Sdn. Bhd
Beliau tidak menyangka
pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya
bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan
diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43
tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza beliau
datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Disebabkan sikapnya
yang tidak pernah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual
pelbagai barangan dapur. Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama
Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.
Dengan mempunyai kedai
sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual
beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum
balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Atas
respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai
jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Beliau yang mempunyai 200
pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam
penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk
mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Syarikat
milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang
paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu
Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis
rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Pada usia emas, Hajah
Faiza masih lagi aktif mengurus perniagaannya. Beliau dibantu oleh lima orang
daripada tujuh anak-anaknya di samping ratusan orang pekerja. Kini beliau
melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor.
Hajah Faiza berpegang teguh kepada prinsip bagi maju dalam bisnes individu itu
perlu rajin berusaha, tidak mudah patah semangat dan perlu mengamalkan
sikap berjimat-cermat. Segala usaha bisnes walaupun bermula secara
kecil-kecilan tidak boleh dipandang mudah kerana kesusahan itu dapat membina
daya ketahanan diri kepada usahawan.
Pada pandangan saya, wanita juga mampu menjadi usahawan yang hebat jika mempunyai semngat dan azam yang tinggi. Moral positif yang dapat saya kongsikan disini adalah, kita semua seharusnya berusaha untuk mencapai impian dan juga cita - cita kita. Selain itu, kita juga perlukan ilmu untuk berjaya. Mempunyai pekerja yang ramai dan perniagaan yang hebat jelas menunjukkan kehebatan Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad dalam menguruskan pentadbiran perniagaannya. Pengalaman beliau dalam perniagaan kedai juga membantu beliau untuk berjaya.
Selain itu, nilai murni yang terdapat pada Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad juga harus dicontohi oleh semua yang bakal menjadi usahawan, iaitu sudah berjaya dengan tetapi tidak lupa pada yang bawah, ini jelas dibuktikan apabila beliau terlibat dalam kerja - kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor.

sumber diperolehi dari : http://www.faizarice.com/faizaspices/AboutUs.htm
http://usahawan-berasfaiza.blogspot.com/p/profil-syarikat.html
No comments:
Post a Comment