Sunday, 23 March 2014

Datuk Seri Tony Fernandes.

Assalamualaikum, perkongsian kedua tentang individu yang berjaya kali ini lebih unik, ini kerana individu ini sangat hebat dan sangat berjaya di Malaysia dan juga dunia. Mengapa indidvidu in hebat di mata dunia? Pada pendapat peribadi saya, individu ini hebat kerana bukan satu perniagaan yang beliau ceburi, bukan dua, bukan tiga tetapi empat bidang perniagaan yang berbeza - beza. HEBAT.! HEBAT.! dan HEBAT.! Mari kita kenal dgn lebih dekat lagi individu ini.


Datuk Seri Tony Fernandes.


NAMA : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes
UMUR : 47 tahun
ASAL : Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN : 
Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN :  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)


     Melihat kepada jawatan yang dipegang oleh beliau sudah cukup membanggakan, itu jelas terbukti, seorang usahawan seperti beliau mampu dan boleh menyandang jawatan - jawatan yang tertinggi itu, dan disebabkan itu beliau gah di mata dunia. Ingin saya kongsikan sedikit artikel tentang perjalanan perniagaan beliau yang paling hebat bagi saya, iaitu Air Asia Berhad.

     Air Asia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Diasaskan pada awalnya oleh syarikat kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner.  Tune Air Sdn Bhd adalah nama yang diguna pakai selepas Tony pengambil alihan pada harga token RM1.00. Sejak diambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki prestasi Air Asia dan merekodkan keuntungan.

      Hub pertama yang dilancarkan oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama,Air Asia memperkenal banyak laluan penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya melonjakkan namanya di sana. Namun jika cabaran untuk bersaing tidak disahut dengan formula yang bersesuaian untuk berjaya, Air Asia pasti akan kecundang. Tony Fernandes merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain.

     Secara amnya, Air Asia berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.

    Melihat pada cerita ini, apa yang dapat saya katakan adalah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan, inshaAllah. Haruslah kita mengambil pandangan positif dari cerita tokoh ini, beliau seorang yang sangat berwibawa dan dan sangat cekal kerana beliau boleh terus kekal berjaya di Air Asia dan mula menempah nama di mata dunia. Yang menjadi persoalan ramai pihak,


 Bagaimanakah pula Air Asia berjaya mengurangkan kos penggajian kakitangannya termasuk juruterbang?

       Kos juruterbang pada kebiasaannya merupakan salah satu komponen kos yang paling tinggi yang perlu dibelanjakan oleh pihak syarikat penerbangan. Pihak pengurusan Air Asia walaubagaimanapun berjaya melakukan yang sebaliknya. Terdiri daripada kumpulan pengurusan yang sangat bijak untuk mengambil peluang, Air Asia bertindak ketika syarikat lain mengalami tempoh perniagaan yang sukar. Banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka akibat peristiwa 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut, banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan. Air Asia mengambil peluang ini dan menawarkan peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Akan tetapi Air Asia mempunyai kuasa yang lebih pada waktu itu kerana skim atau pakej penggajian yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada syarikat penerbangan pesaing. Juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaran Air Asia walaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.

          Walaubagaimanapun, Air Asia akan memberi inisiatif dalam bentuk lain kepada kakitangan mereka. Ianya berdasarkan kecemerlangan prestasi kerja berbanding satu pakej yang sama rata. Kos juga dikurangkan dari segi struktur penggajian kerana Air Asia mengamalkan sistem pelbagai tugas untuk satu kakitangan. Seorang kakitangan yang mengendalikan kaunter daftar masuk akan juga menguruskan pelanggan semasa hendak menaiki kapal terbang. Kakitangan ini jugalah yang akan meguruskan lain-lain urusan mengemaskini rekod dan sebagainya. Oleh itu tiada duplikasi kerja dan tiada pembaziran tenaga kerja. Kos berkaitan kakitangan diuruskan dengan sangat berkesan dan efektif. Pihak Air Asia akan memastikan kos dapat dikurangkan selagi ianya tidak melanggar mana-mana syarat atau undang-undang buruh dan sebagainya.

            Kos penjualan tiket merupakan satu lagi komponen kos yang amat dititik beratkan oleh pihak Air Asia. Di zaman teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan kemajuan internet. Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang penggunaan internet merupakan golongan yang tertinggal. Merebut peluang ini, Air Asiamengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian. Tindakan ini adalah untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan Air Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan Air Asia.

            Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong, Air Asia pula menerbangkan kapal terbangnya ke Macau. Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong Kong dan Macau sangat berbeza. Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang yang rendah, Air Asia dapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli daripada Air Asia. Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.

           
         Mempunyai pangkat atau jawatan yang tinggi bukanlah menjadi satu tugas yang mudah bagi seseorang, jadi saya memlilih usahawan ini sebagai inspirasi untuk terus berjaya. Kerja yang banyak bukanlah halangan atau kesusahan buat kita, tapi sebaliknya, iaitu kita akan bekerja lebih keras dan berusaha untuk terus berjaya. Sikap Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes patut kita contohi kerana beliau telah membuktikan pada kita bahawa beliau mampu untuk menguruskan masa dengan baik. Seorang usahawan haruslah pandai membahagikan masa dalam melakukan pekerjaannya ini untuk menguruskan perniagaan dengan lebih teratur dan kemas. 



sumber diperolehi oleh : http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-kejayaan-air-asia.html
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/tan-sri-dato-sri-dr-tony-fernandes_11.html





No comments:

Post a Comment