Sunday, 23 March 2014

Irfan Khairi

Assalamualaikum kepada para pengunjung blog! Tahniah! anda baru sahaja masuk ke sebuah blog yang akan berkongsi cerita menarik tentang individu - individu yang berjaya di Malaysia. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang kejayaan individu - individu yang berjaya ini, saya akan menceritakan dahulu objektif dan sebab blog ini dihasilkan. Blog ini dihasilkan melalui subjek pembelajaran saya iaitu BPME2013 Gelagat Usahawan. Subjek gelagat usahawan ini adalah sebuah subjek yang mengajar kita untuk bergelagat atau bertindak sebagai seorang usahawan. Objektif kepada penubuhan blog ini adalah untuk memulakan satu tabiat yang akan menjadi platform yang boleh digunakan untuk mengiklankan perniagaan secara online. Jutaan terima kasih pada pensyarah Gelagat Usahawan saya Prof. Madya Habshah bt Bakar dalam meyumbangkan idea dan pendapat kepada saya dan kawan - kawan dalam pembangunan blog ini. penubuhan blog ini memaparkan artikel berkaitan keusahawanan. Untuk permulaan blog ini saya akan berkongsi cerita tentang seorang usahawan muda yang memberikan insiprasi kepada saya untuk berjaya dalam perniagaan iaitu saudara Irfan khairi. 

Siapakah individu ini?

         Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

        Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut. 

          Melihat kepada latarbelakang Irfan Khairi, beliau sememangnya individu yang mahir dalam bidang internet dan komputer. Sebab ini saya memilih Irfan khairi sebagai individu yang memberi motivasi kepada saya dalam bidang perniagaan. Mengapa beliau yang hebat di dalam dunia internet menjadi inspirasi kepada saya? pada pendangan saya, di dalam era "maklumat dihujung jari" kita sangat memerlukan internet dalam melakukan sesuatu pekerjaan, ini kerana internet akan lebih memudahkan pekerjaan kita. Contohnya sebagai seorang usahawan seperti Irfan Khairi internet adalah asas atau modal utama yang diperlukan oleh beliau dalam menjalankan perniagaanny. Dengan bermodalkan internet sebagai modal asas beliau telah berjaya menjadi jutawan pada usia yang muda.

" KEYAKINAN akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi." - Irfan Khairi.


Bagaimana beliau memulakan perniagaannya?

          Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.

             Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet. Dalam masa tiga tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500. 

            Ditanya sejak bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan seperti ini, Irfan dengan senyum yang tidak pernah lekang dari bibirnya menjawab, 'Ketika berusia 18 tahun '

           Melihat kepada cerita dan pengalaman yang dilalui oleh Irfan Khairi cukup memberi inspirasi dan motivasi yang tinggi kepada saya dalam seseuatu perniagaan ini, Pada pendapat saya, setelah mengkaji latarbelakang Irfan Khairi, wang bukanlah satu - satunya modal utama dalam kita menjalankan perniagaan, wang modal hanyalah salah satu dari alat yang diperlukan dalam membina sesebuah perniagaan, dan modal yang paling utama adalah, kesungguhan dan keinginan dalam menjalankan sesebuah perniagaan.  





Sumber diperolehi dari : http://www.myabadi.com/home/template-layout/ik


1 comment:

  1. Irsfan khairi antara jutawan internet paling do hormati malaysia. Ramai yang nak jadi macam dia termassuk saya. tapi setakat ni saya cuma mampu kerja online slow tambah pendapatan je. ehhe


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete