Assalamualaikum, terima kasih kerana
sudi membaca blog ini, kali ini saya akan berkongsi dengan tokoh ketiga ini,
saya pasti ramai yang mengenali individu ini, dari dahulu hingga sekarang,
nyanyiannya diatas pentas sangat memukau peminat di Malaysia. Mencipta nama
dalam bidang nyanyian dan sekarang mula menceburi bidang usahawan. Siapakah
beliau?
Nama: Dato' Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Umur : 34
Syarikat:Simply Siti sdn.Bhd
Usahawan Dato’ Siti
Nurhaliza adalah Penyanyi No 1 Malaysia, . Pelancaran produk kosmetik dan
penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat
sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di
seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah
dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit
SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain
Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya
produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran
terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan
ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk
ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan
pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene,
semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson
seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid
sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan
sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
Menggunakan khidmat
ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti
semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella
Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang
diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul
di dunia,
Beliau dan pasukannya
telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan
merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di
Malaysia. Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat
memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. SimplySiti dinobatkan
sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah
Halal Journal Magazine.
Bidang pekerjaan yang berbeza bukanlah halangan buat kita untuk menjadi usahawan. Bidang utama Datuk Siti adalah nyanyian tetapi disebalik diri seorang penyanyi semangat dan keinginan untuk menjadi usahawan tetap berada di dalam diri beliau. Ini membuktikan kepada kita bahawa seorang usahawan haruslah mempunyai sifat percaya pada diri dan berusaha untuk mecapai keinginan di dalam hidup.
Bidang pekerjaan yang berbeza bukanlah halangan buat kita untuk menjadi usahawan. Bidang utama Datuk Siti adalah nyanyian tetapi disebalik diri seorang penyanyi semangat dan keinginan untuk menjadi usahawan tetap berada di dalam diri beliau. Ini membuktikan kepada kita bahawa seorang usahawan haruslah mempunyai sifat percaya pada diri dan berusaha untuk mecapai keinginan di dalam hidup.


No comments:
Post a Comment